Monday, August 16, 2010

Gala Ko Korikulum Kebangsaan


GALA KO KURIKULUM KEBANGSAAN 2010


Kelab Pengguna SMK Alor Pasir dijemput menyertai unit pameran sempena Gala Ko Kurikulum Kebangsaan yang bertempat di Kem Kokurikulum Tangok, Bachok Kelantan. Ia dirasmikan oleh YB Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran Malaysia.

Ia mengumpulkan pelbagai aktiviti ko kurikulum di Kelantan dan perkhemahan peringkat Kebangsaan yang disertai oleh pelajar seluruh Malaysia. Kelab Pengguna SMK Alor Pasit telah membawa mesej kempen pengguna lestari melalui pameran dan aktiviti kepenggunaan lestari yang dijalankan oleh kelab di sekolah.

KEMPEN



KAMI PRIHATIN!

JOM LAKSANAKAN KEMPEN PENGURANGAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK DALAM KALANGAN PENGGUNA.


TAHU atau tidak, bahan plastik memerlukan 100 hingga 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia memberikan impak yang lebih besar kepada

alam sekeliling termasuk manusia. Dan ada kajian yang menunjukkan statistik rakyat Malaysia membuang plastik yang sebenarnya boleh dikitar semula bernilai kira-kira RM163 juta.


Jumlah yang banyak itu bukan hanya membazir dan sepatutnya boleh dikitar semula, namun dalam masa yang sama ia turut merosakkan alam sekitar. Dalam erti kata lain, masyarakat Malaysia masih kurang peka terhadap keadaan alam sekeliling yang semakin merosot tanpa mengambil pendekatan yang serius.


Apa pun, kini ada sedikit kesedaran di mana Pulau Pinang, Se
langor dan Sarawak berjaya mengumumkan Hari Tanpa Plastik dan dilihat memberi sedikit sinar kepada bumi.Malah bukan hanya dua negeri ini, kompleks membeli-belah, institusi pengajian tinggi, syarikat-syarikat produk tempatan dan banyak lagi yang mengambil inisiatif sama untuk mengurangkan atau tidak menggunakan plastik sama sekali.


Tapi kenapa plastik menjadi agenda utama dalam pemuliharaan alam sekitar.



“Bukan penggunaan plastik menjadi masalah utama tetapi cara pelupusan bahan tersebut yang memberi impak pada alam sekitar,” respons spontan Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor mengenai penggunaan beg plastik di Malaysia.


Dalam satu temu bual yang diadakan sebelum ini, Dr. Salleh mengatakan beg plastik mampu memberi ancaman paling besar jika tiada rancangan yang teliti mengenai pengurusan pembuangan bahan plastik tersebut.


Kata beliau: “Plastik memerlukan lebih
daripada program kitar semula yang biasa dan teknologi yang digunakan haruslah berkesan untuk menyelesaikan isu ini.
“Jadi kenapa sehingga sekarang, kita masih belum mampu menetapkan peraturan ketat seperti dilakukan oleh beberapa negara Eropah yang mewajibkan pengguna membawa beg sendiri atau dikenali sebagai Green Bag sebagai ganti beg plastik ketika membeli-belah.” Satu perangkaan lain pula mengatakan, secara purata di Malaysia, seorang individu menggunakan hampir lapan beg plastik seminggu dan ada di antara mereka membuang beg plastik berkenaan selepas hanya dipakai sekali.


Tidak banyak yang diketahui kenapa bahan ringan, tidak mudah pecah, dan murah ini menjadi ancaman kepada alam sekitar jika pembaca tidak meneliti jurnal dan makalah saintifik.


Yang nyata, be
g plastik mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai sebatian organik Bis(2-ethylhexyl)phthalate atau lebih dikenali sebagai DEHP atau phthalates (disebut THA-lates), satu bahan yang akan membuatkan bahan plastik menjadi lembut dan mudah dilentur.


(Nota: Gambar-gambar menunjukkan peristiwa aktiviti kempen pengurangan beg plastik yang dijalankan oleh Kelab Pengguna SMK Alor Pasir pada 16 Julai 2010 bertempat di Pasar Tani Daerah Tanah Merah.). Ia amat mendapat sambutan daripada orang ramai. Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri turut memberi kerjasama dalam menjayakan kempen ini dengan menyediakan beg untuk kegunaan pengguna mengurangkan penggunaan beg plastik.)

(http://gangbaca2.blogspot.com/2010/01/bahaya-plastik.html)



BENGKEL 3K FOMCA DI SMK ALOR PASIR

Kelab pengguna mengorak langkah dengan menjemput pihak FOMCA untuk menyampaikan bengkel kepenggunaan peringkat Daerah Tanah Merah yang telah berlangsung pada 25 Mei 2010. Hampir 100 orang terdiri daripada guru dan ahli kelab pengguna di Daerah Tanah merah telah dijemput menghadiri program ini.

Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kesedaran kepenggunaan di kalangan pelajar dan masyarakat amnya. ia juga diharap dapat memperkasakan kelab pengguna sekolah dalam menjalinkan hubungan pertubuhan pengguna lain di Malaysia.

Bengkel ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dimana rata-rata murid dan guru mendapat input dan suntikan berguna berkaitan isu kepenggunaan yang disampaikan oleh wakil FOMCA iaitu Puan Siti Rahayu bt Zakaria selaku pegawai yang bertagunggjawab dalam pertubuhan fomca tersebut.