Kelab Pengguna Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pasir telah mengadakan Kem Pendidikan Kepenggunaan perngkat Daerah Tanah Merah. Program tertebut mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan dan Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah. Program Ini telah disertai oleh semua Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Tanah Merah dengan masing-masing menghantar lima orang wakil yang terdiri daripada pemimpin Kelab Pengguna sekolah masing-masing.
Beberapa aktiviti cuba diselitkan dalam tempoh dua hari kem tersebut berlangsung iaitu pada 23 hingga 24 April bertempat di Asrama SMK Alor Pasir seperti aktiviti Pengguna Bijak, pertandingan 'explore race', dan program kerohanian serta kecerdasan sihat cergas.
|
Para peserta bersemangat dalam aktiviti 'Cergas cerdas' |
|
Aktiviti dalam kumpulan bagi menyiapkan tugasan "Pengguna Bijak" |
|
Para pemimpin KPS Daerah Tanah Merah berkumpul di SMK Alor Pasir untuk menambah ilmu dan pengalaman kepenggunaan |
No comments:
Post a Comment